PENGUMUMAN PENTING!!

Untuk makluman semua,

Dukacita dimaklumkan bahawa, Johanandhiscats akan menamatkan operasinya pada akhir bulan Ogos 2016 ini. Operasi studio kucing di Setia Alam, Shah Alam, Selangor akan diambil alih oleh pihak pengurusan baharu. Studio kucing masih kekal yang sama, nama studio dan pengurusan sahaja yang berbeza.

Kepada pengunjung yang telah membuat tempahan lawatan awal sehingga selepas akhir bulan Ogos 2016 ini, tempahan anda masih sah dan anda masih boleh terus melawat mengikut tarikh dan waktu sesi lawatan seperti biasa.

Kami ingin menasihatkan anda agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak studio bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan keselesaan anda dan kucing terpelihara dengan baik.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda selama ini dan nantikan kemunculan projek baharu Johanandhiscats tidak lama lagi.

- JOHAN -
#johanandhiscats

jhc.mail